Monday, December 7, 2009

Presentasi-Antara Lokasi, Seni & Realiti

Emmm.. antara lokasi, seni dan realiti.

Presentasi. Presentation. Penerangan. Penyampaian. Terma nya bergantung kepada anda. Bila menyebut presentasi, mungkin akan bermain dikepala, tempat 'air-cond', dewan kuliah, bilik mesyuarat, pelanggan, sales, marketing, brain storming, team-building dan berbagai lagi.


Setiap masa, sebenarnya kita yang sedang bekerja atau pun berniaga(mahun yang tercari-cari peluang) pun, sedang menjalankan presentasi. Siapa yang menilai kita..? Mungkin bos-bos, supervisor, pelanggan, staf, anak, isteri, jiran..asalkan namanya orang.



Presentasi yang baik juga, bukan datang semula jadi. Ianya dicungkil, dilatih, diasah, diulang, diperbaiki setiap masa. Ianya juga adalah suatu seni. Masa & ketekunan, mungkin juga sedikit (banyak...!) kesabaran perlu ada.


Bagaimana mula-mula lakukan presentasi untuk meyakinkan bakal tunang untuk menjadi isteri/suami kita sekarang... Presentasi yang ilusi atau realiti di waktu itu..?


Bagaimana saya sekarang? Realiti campur fantasi, bila melakukan presentasi. Faktor Genetik..? Keturunan..? Mungkin ada sedikit sebanyak aja yang membantu. Didikan dan asuhan (yang betul) membantu kita melakukan presentasi setiap hari.

2001 kalutnya presentasi hari itu..! Hari itu telah berlalu, dan mungkin akan berlaku lagi 'kekalutan' presentasi. MasyaAllah

Di mana Kampung Kenang Lama, Jalong Tinggi?

Wednesday, December 2, 2009

Dubai Oh Dubai


Dush..dush! Dusyum!!!

Begitulah bunyi filem zaman dulu, bila ditumbuk, ditenyeh, dibalun.

Filem..? Realiti.., seluruh dunia sedang menumpukan perhatian ke Dubai. Bukan buat filem, bukan tengok filem. Zaman gilang-gemilang rakyat dan pelabur di Dubai akan hilang. Hilang UANG (dan mungkin juga hilang maruah) !!!.

2015, Dubai dijangkakan 'ketandusan' hasil petrolium, yang sudah digali bertahun-tahun. Belum sempat pun nak bersorak gumbira kerana tersiapnya Burj Dubai, bangunan yang tertinggi di dunia, kini..kena simpan dulu gahnya.

Fundamental ekonomi..? Saya bukannya pandai..tapi.. mengikut buku ekonomi Form 6 tahun 1981/82, katanya yang dah naik tinggi, kenalah turun. Samada sukarela atau direntap turun.
Supply vs demand..? Begitulah agaknya.

Tengah seronok menukar ganti sport rims, langir, wall-to-wall carpeting, meja mesyuarat , mesin photostat, ..tiba-tiba syarikat direntap penuh dengan hutang... Kita yang sedang bekerja di dalamnya bagaimana..?

Duit..duit..duit..
Bila 'menghulur' cukup berkira, tapi bila gah berbelanja kekadang terlupa(atau buat-buat lupa)..