Setiap daripada kita ada perancangan, ada cita-cita yang ditulis, dicatat, ataupun disimpan di dalam kepala, yang mungkin perlu dicapai, dilakukan, ataupun dilihat, mahupun ditinggalkan untuk 2012.
Khamis 19 Januari: 7.18 pagi, masih awal. Rutin tambahan yang perlu dilakukan untuk tahun ini, salah satunya pemeriksaan darah & kesihatan. Bila usia hampir menjenguk setengah abad, mata semakin kelabu, muka semakin kendur, gigi menanti gugur(entah beberapa tahun lagi gamaknya).
Kalau kenderaan yang lama, banyak rosak dan ragamnya. Kalau perlu diganti, diservis, tiada masalahnya. Badan kita... mmm mungkin ada limitnya, tiada 'spare parts' 100 peratus tulen dan boleh diganti umpama kenderaan.
Sesampai di hospital kira-kira 7.50(akibat kena 'U-turn' kembali semula ke rumah, tertinggal borang pemeriksaan darah. Salah sendiri! MasyaAllah), angka giliran sudah mencecah 43. Ramainya! Jumlah yang datang semakin bertambah, mungkin menunjukkan rakyat Malaysia semakin prihatin tentang diri mereka, berbanding dahulu agaknya.
Samada prihatin ataupun sebaliknya, hanya empunya diri dan Allah yang hanya tahu. Yang pastinya, badan ini semakin manja dengan makanan, semakin manja juga dengan kurangnya mengeluarkan peluh untuk berjalan keliling padang mahupun taman perumahan.
Rutin tambahan diri yang dicari. Dan rasanya ianya menjadi sebahagian rutin-rutin 2012 hingga ke akhir hayat.




0 Komen:
Post a Comment