Thursday, December 22, 2011

Mereka Akan Berpindah

Hanya tinggal beberapa hari lagi 2011 dan sesi persekolahan 2012 akan bermula.
Semuanya sibuk, terutamanya ibu dan ayah mereka.
Bagaimana dengan insan-insan yang tiada salah seorang ibu ataupun ayah ini(atau kedua-duanya sekali) menyambut persekolahan 2012 nanti?

Nota: Untuk melihat semua gambar yang lebih jelas, sila klik foto/imej.


Selepas zohor, kami sekeluarga berkunjung ke HAWA Kinta semata-mata untuk melihat perkembangan terkini. Setibanya disana, sunyi.. Mereka masih di kampung halaman. Yang hanya ada, .. dua insan sibuk dengan tugasan di kabin sementara. 


Sdr Mohammed Jamil, setiausaha HAWA Kinta menyambut kami sekeluarga. Sambil itu juga, memberitahu tidak lama lagi, anak-anak yatim dan miskin ini, akan berpindah ke premis sementara berhampiran Manjoi, Ipoh.


Tapak yang didiami sekarang hanya akan tinggal kenangan kepada mereka yang telah bersama-sama menghuni dan berkongsi kepayahan sebagai anak yatim. Walaupun tempat baru yang bakal diduduki hujung 2011 nampak selesa, berbagai perkara baru perlu diuruskan.


Ada yang perlu ditambah, diperbaiki, diangkut, dan mungkin ada juga benda lain yang perlu ditinggalkan. Satu unit rumah 'semi-d' disewa daripada Jabatan Agama Islam Perak, hanya RM250.00 sebulan. Sebelum ini ianya pernah disewa dan digunakan oleh sebuah pusat tahfiz.


Segalanya perlu dilakukan sebelum bermulanya persekolahan 2012. Minggu hadapan, sebahagian besar anak-anak ini akan kembali ke HAWA Kinta dan akan bersama-sama memindahkan sebahagian keperluan ke premis baru.


Juga, kerja-kerja menambahbaik bangunan, perlu dilakukan diwaktu yang sama. Seems impossible.. Tapi itulah yang perlu dilakukan(macam.. "by hook or by crook"?) dengan izin Allah dan juga sekira ada tangan-tangan yang sudi membantu.

Tangga kecemasan yang perlu dibina mengikut arahan Bomba.
Dengar khabarnya, minggu sebelum ini, ada sekumpulan mahasiswa medic Univertiti Kebangsaan Malaysia, 'turun padang' membantu mebersihkan dan mengecat sebahagian bangunan ini. Syukur masih ada yang sudi membantu. 

Ada yang perlu diperbaiki

Masih ada lagi kerja-kerja membersih, mengemas, mengecat, memindahkan sebahagian barangan yang perlu dilakukan. Sudi membantu?


(Agaknyalah)...tetapi mungkin juga sebahagian besar sibuk untuk menguruskan anak-anak ke sekolah. Anak-anak HAWA Kinta, mungkin bergelut bersama penjaga mereka di sini untuk menguruskan 'rumah baru' dan juga persediaan persekolahan. InsyaAllah, mungkin ada insan-insan yang sudi membantu.


Diseberang jalan - Rumah anak yatim JASA


2012 - Menanti kelulusan tapak tanah baru

Semoga Allah memberikan kekuatan fizikal, mental, emosi dan ketabahan hati kepada pengendali rumah-rumah anak yatim dan miskin di mana sahaja. Diantara kita yang melihat dan mereka yang mengendalikanya.. semestinya jauh berbeza. Ada masanya kepayahan mereka disimpan tiada siapa yang tahu kecuali Allah.



.



0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
back to top