Banyak perkara yang kita terlepas pandang(dan adakah gamaknya tiada masa hendak pandang?) mungkin kerana kehidupan agaknya sentiasa di gear lima.
Ada yang pantang lama di 'trafik lait'. Ada yang 'pantang' bila ada kenderaan lain di depan mata mereka, potong! Hon! Hon! Hon! Gamaknya 'pantang' ada yang 'slow'.
Ada yang 'pantang' bila 'que' panjang semasa mahu makan, mahupun membayar bila sudah selesai. Kenapa gamaknya? Mungkin mengejar masa, mengejar kehidupan yang semakin laju agaknya..
'Pantang' yang ada masanya mungkin tiada membawa makna, malah mungkin menyesak dada sahaja. Mungkin ada masanya kita perlu perlahankan 'kenderaan' kehidupan kita.
.


0 Komen:
Post a Comment