Ada masanya tiada dirancang.
Sekadar sepersalinan baju, seluar 'katok', tuala kecil, kamera kompak. Dan semestinya sedikit uang buat belanja minyak kereta dan kudap-kudapan.
Lihatlah apa yang ada - Melihat dan menghargai nikmat bumi Allah(yang semakin akan kita tinggalkan dengan berbagai 'tanda kerosakan'), tidak semestinya perlu keluar jauh(akibat dek $$$ yang sedikit). Usah dirisaukan akan 'ketiadaan', tetapi cari dan lihatlah dengan apa yang ada. Mudah-mudahan hati ini lebih tenang.
U-turn - Sampai sudah tempat yang dituju. Beberapa keping gambar sempat diambil.
Aduhai...!(bila tidak dirancang dan sudah diduga), bateri kecil AA Energizer sudah sampai hayatnya. Kenderaan dihidupkan, 'u-turn' ke pekan Chenderiang semula.
![]() |
| Lengang dan sunyi |
![]() |
| Usang - Mungkin tiada lagi berfungsi agaknya |
Sampah tidak ada kaki - Setibanya (Yang pertama kali!) di Lata Kinjang, Tapah, melihat sekumpulan besar sukarelawan dan murid-murid sekolah sedang sibuk mencari 'harta karun' yang ditinggalkan oleh mereka yang pernah sampai ke sini. Mungkin berkelah, mungkin menangkap udang galah, mungkin menikmati flora dan fauna, dan berbagai kemungkinan yang lain lagi. Sampah tidak akan berjalan sendiri ke tong sampah, itulah tanda yang sebahagian besar kita tinggalkan untuk generasi akan datang.
Semasa gambar-gambar ini diambil, sebahagian besarnya sampah telah dikutip oleh mereka. Berkarung-karung beg plastik hitam, turun di kaki bukit (Ya.. sampah tidak berjalan kaki sendiri).
![]() |
| Sebahagian papantanda yang baru dipasang |
![]() |
| cendawan |
![]() |
| nyaman...(bila tiada sampah yang kita buang) |
![]() |
| Ditutup - Setakat ini sahaja! |
![]() |
| Sesayup mata memandang |
'Itu bukan kerja aku'? - Apakah sekiranya dirumah, kita akan suruh sampah berjalan kaki sendiri ke tong sampah? Apakah juga mereka(sampah) ini akan berjalan kaki beramai-ramai ke tapak pelupusan sampah, sekiranya suatu hari nanti tiada lagi pihak PBT yang akan menguruskan sisa-sisa sampah ini angkara sebahagian besar kita asyik menyalahkan PBT atau 'pihak yang bertanggungjawab'? Nak tunding jari ke mana lagi..!? Tundinglah kepada diri kita..itulah yang terbaik. Itu kerja kita - bukankah sampah itu kita yang memulakannya?
![]() |
| Tundinglah..(andaikata suatu hari nanti) |
Mungkin kita boleh sama-sama membawa pulang kembali sisa-sisa sampah yang kita telah gunakan dimana-mana bumi Allah ini untuk di buang atau dilupuskan sekembalinya dirumah.
![]() |
| Tinggalkan 'tanda' |
.
Menikmati keindahan Lata Kinjang hanya sekadar dua jam. Melihatkan langit semakin dipenuhi awan-awan putih yang semakin gelap, mungkin tanda 'langit mahu runtuh'. Botol mineral yang telah kosong, dibawa pulang. Itu kerja kita.
![]() |
| Perkampungan orang asli |
.
















0 Komen:
Post a Comment