Undur Cerita Seminggu.
Ianya kisah di hari Jumaat, seminggu yang lalu.
Sedikit sibuk menyiapkan beberapa perkara menjelang perjumpaan Ngah Mantek di Kota Pagar, Layang-layang Kanan, Parit, Perak pada Ahadnya.
Petang Jumaat tersebut, saya dan isteri bergegas dari pejabatnya, untuk ke Stadium Indera Mulia, Ipoh ke “PC Fair”. Tujuan: Isteri ingin mencari dan membeli sebuah komputer riba. Kira-kira beberapa bulan yang lalu, niat dan hajatnya untuk membeli notebook dipendamkan buat sementara waktu. Katanya, ".. boleh tunggu dan beli awal tahun hadapan."
Undur cerita sehari lagi.
Khamis.. “..jom abang, esok kita pergi stadium, tengok 'PC Fair'”. Sedikit terkejut(tapi teruja juga). Macam boleh dibaca apa niat serta tujuannya! Komputer riba yang diinginkan jenama XXLL, disebabkan oleh beberapa perkara dan tujuan kegunaan. Mungkin kemahuan, kehendak ataupun keperluannya berubah setelah ditangguhkan daripada membelinya.

Kita pun ada masanya berubah-ubah hati dari masa ke semasa, mungkin kerana pelbagai faktor: usia-masa-tempat-keadaan-kesihatan-kehidupan-kematian-$$$-rakan-perhubungan-kerja-niaga-(mungkin senarainya berbagai lagi).
Tiga Hari Sahaja
Ada tiga 'booth' sahaja yang menjual(ataupun mempromosi) jenama yang diinginkan. Harga sekitar RM2700. Keputusan perlu dibuat di dalam masa tiga hari sahaja! Isteri sudah sangat teruja dengan tawaran yang diberikan. Pening..?
Strategi Membeli Masa
Alhamdulillah, tidak juga... disebabkan sambil-sambil bertanya, kami meminta 'offer' itu dilanjutkan, kerana menyatakan ianya memerlukan 'bos besar' untuk 'approve payment'. Kononnya sudah lewat petang Jumaat, esok Sabtu, kemudian Ahad ..bukankah pejabat sudah ditutup? Itu strategi kami-'buying time'. Ianya berkesan! Sememangnya sebagai seorang pembeli, adakalanya kita perlu memikirkan pelbagai perkara bila melibatkan wang beribu-ribu ringgit dan juga barangan yang akan dibeli. Kena pula membuat keputusan di dalam tempoh masa yang singkat. Adakalanya 'kelabu mata'..

"From cash become trash"
Perjalanan kehidupan sebahagian insan -
Ada masanya sebahagian besar barangan yang dibeli, disimpan, tidak
digunakan kerana mengikut kehendak nafsu dan hati. Akhirnya 'from
cash become trash'. Begitulah kadangkala yang menulis blog ini(Ahah!
asik salahkan orang lain, walhal salah sendiri). Ditidakkan akal,
diikutkan hati. MasyaAllah. Ianya kini berubah kearah yang lebih baik
sedikit demi sedikit, insyaAllah.
Promosi-Strategi-Jebak
Ada yang bersetuju memberikan kami
lanjutan tarkih hingga dua minggu, ada pula hanya seminggu. Di dalam
kad dan pamplet promosi, kami meminta mereka menulis nama dan tarikh
lanjutan, supaya mudah berurusan di kemudian hari. Ada juga yang
menyatakan mereka hanya ada berbaki tiga stok(pelik dan ajaib - untuk
dijual/promosi semasa 3 hari). Strategi ataupun jebak(umpama jebak
burung tekukur), mungkin supaya pembeli kalut memikirkanya supaya
membeli juga!
Sebagai seorang yang membeli dan juga
sebagai seorang penjual, saya dapat merasai kedua-dua situasi. Mudah-mudahan Allah sentiasa membimbing diri
ini dan keluarga, supaya tidak dijadikan strategi mahupun jebak untuk menyuruh
pembeli supaya membeli di atas faktor masa yang terbatas serta stok
yang terhad.
Tangguh Beli
Walaupun kami kembali ke stadium
keesokan harinya(Sabtu) untuk membeli, ianya ditangguhkan sekali lagi(hingga ke minggu ini). Akhirnya dibeli secara 'online' melalui sebuah
syarikat pembekal utama yang sudah diyakini di Pulau Pinang. Mungkin
juga bunyinya, seperti "Delayed Gratification..” (teringat akan kata-kata salah seorang guru bisnes ..Cikgu Mohd Nor Hashim)
Alhamdulillah, promosi
harga yang sama, spesifikasi terkini.
.

0 Komen:
Post a Comment