Catatan Pejalanan Kehidupan
Sabtu 19 November 2011
Taiping
Sambil melakukan kerja-kerja menyelesaikan faraidh ayah yang telah kembali ke rahmatullah Ramadhan yang baru lalu, singgah sebentar bangunan lama 'Larut Matang Supermarket' untuk makan tengahari. Kebiasaaannya popiah. Tetapi hari ini ingin pula menikmati mee goreng yang 'biasa-biasa'. Tiada yang 'special'nya jika hendak dibandingkan dengan mee goreng di restoran ternama.
Sebahagian besar penduduk Taiping di sini, mengenalinya. Mungkin juga ada yang mengatakan 'Mee Combat' masakannya sudah berkurangan rasanya berbanding dahulu. Jika hendak dicari yang lebih sedap, mungkin juga boleh kami cari gerai-gerai lain di Taiping..tetapi mungkin bukan itu tujuan sebenar kami ke sini. Nostalgia mungkin: Ianya bermula di kala usia saya masih kecil (kanak-kanak hingga remaja), di bawa oleh ayah dan ibu beserta abang menikmati 'makan petang'.
![]() |
| Persamaan: Baju 'combat' anak. |
Bila ditanya sejarahnya nama perniagaan 'Mee Combat', cukup senang dia bercerita. Kisah siaran tv 'Combat', sekitar 70'an. Ya! Rick Jason dan Vick Morrow cukup melekat di kepala ini, akan kerana saya juga menontonnya ketika itu.
Biar mee gorengnya sudah berubah rasa(Soalan kepada yang suka komplen: Apakah kita boleh mengekalkan masakan kita sendiri di rumah, setiap masa hingga ke lanjut usia?), biar juga sudah berubah harga, persahabatan berterusan yang mungkin perlu di cari. Keramahan juga sebahagiannya dicari, bukannya 'muka yang mencuka' menunggu pelanggan.
Apakah yang kita cari di setiap warung, mahupun gerai yang disinggah(selain kebersihan dan halal)? Kenapakah sebahagian daripada kita singgah selalu di warung mahupun gerai yang sama, walaupun masakannya tidak sesedap berbanding yang lain(ditolak faktor harga)?
![]() |
| Dusun di Jalan Ayer Kuning |
Sebahagian kerja-kerja selesai hampir Maghrib, setelah singgah di destinasi akhir Jalan Ayer Kuning, Taiping. Alhamdulillah.




1 Komen:
Mee combat memang happening kat Taiping tu....teringat masa dok kat Taiping dulu....dok rumah bujang empat orang, bila malam je mesti lepak kat bazar pekena mee combat, rojak sotong tak pun pergi belakang bomba pekena yong tau fu, ais krim beraneka jenis....fuhh!!
Post a Comment