Sudah cukup 'memeningkan' kepala dibuatnya.
Cerita dan keluh kesahnya, akan masalah dipejabatnya, cukup sekadar didengar.
Apakan daya, "..itu syarikat mereka"(dan ianya juga pernah terjadi kepada kita).
Dikhabarkan salah seorang pekerja tidak lalu bekerja, kerana tersangat stress. Mungkin akibat beberapa perkara. Mungkin juga memikirkan yang ianya bakal didenda akibat kelewatan (atau masih 'outstanding') menghantar dokumen tertentu. Dimanakah punca silapnya?
Kisah 1988-1990 :
Seorang penolong pengurus(yang juga kawan), memberikan notis 24 jam berhenti kerja kerana mendapat tawaran lebih lebat di firma lain. 'General Manager' seakan-akan 'terkejut berok' dan hilang punca untuk melakukan kerja-kerja yang ditinggalkan. Kerana, setiap kerja-kerja harian, tiada tertulis di dalam buku(dan juga tiada manual kerja).
Ianya sekadar disimpan di dalam kepala(memori) dan juga melalui pengalaman.
Begitulah kami dilatih di zaman dan ketika itu. Sebahagian besar carakerja tiada tertulis! Bagi mereka yang baru menyertai juga, dilatih begitu. Suatu budaya yang 'dirasakan' biasa sahaja ketika itu. Rupanya ianya mengundang pelbagai masalah dan juga stress.
1997-2000:
Di sebuah firma lain pula, kami diajar membina carta organisasi, serta dimestikan menyediakan garispanduan yang dijadikan panduan bekerja. Situasinya cukup berbeza, bila melatih pekerja-pekerja yang baru(dan juga yang 'lama') berbanding era 80'an.
Apakah kini masih ada firma kecil mahupun sederhana besar, masih lagi tertangguh-tangguh menyediakan manual carakerja dan masih lagi menggunakan "...it's everything in our head and fingertips"..?
Sekadar mendengar luahan seorang pekerja.
.




1 Komen:
Pelbagai kaedah telah diperkenalkan, tapi masih jugak stress....camana yerk? Mungkin kena guna kaedah lain pulak iaitu melengkapkan yang lima waktu....tak gitu??
Post a Comment