Dicelah-celah kesempatan masa menguruskan pelbagai perkara pasca kematian ayah, sempat juga singgah melihat kehidupan insan yang kita ada masanya terlepas pandang selepas berlalunya Ramadhan.
Mereka menumpang kehidupan di tapak sementara (quarters lama) yang berkemungkinan diambil pihak lain untuk dimajukan. Ianya hanya menunggu masa.
Dari luarnya ianya kelihatan gah, nyatanya ianya cukup berbeza.
Ianya sememang cukup uzur untuk dijadikan kediaman mereka. Tapi itulah kenyataan, kehidupan mereka segala-galanya di sini.
Apakah kehidupan anak-anak kita 'terlalu mewah'? Apakah makna kesyukuran, sekiranya ianya tidak dikongsikan bersama..?
.... "Aku sedih dan hiba melihat kehidupan mereka." Semoga Allah memberikan kekuatan kepada mereka yang menguruskan anak-anak sebegini. Terima kasih Sdr Mohamad Jamil bin Zainuldin, serta kakitangan yang lain, kerana pengorbanan yang dilakukan. Semoga setiap kerja dan amal diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.
Berkemungkinan anda juga boleh membantu. Bukan hanya sekadar sumbangan wang ringgit, tetapi mereka juga perlukan sokongan, kasih sayang, pembimbing, pendorong, kawan, sahabat untuk melalui perjalanan kehidupan ini.
Lawati blog mereka untuk membantu
Semoga dengan setiap sumbangan dan amal ikhlas yang dilakukan kepada anak-anak yatim dan miskin ini, diberkati dan dibalas oleh Allah s.w.t, insyaAllah.
... terkini 23 Dis 2011
Mereka akan berpindah. Sila klik pautan untuk melihat premis kediaman mereka mulai 2012 di http://nizartwork.blogspot.com/2011/12/mereka-akan-berpindah.html ataupun sila klik gambar di bawah.
.












0 Komen:
Post a Comment