Friday, September 2, 2011

Detik Syawal 1432H

29 Ogos 2011
Usai solat isyak, sebahagian besar jemaah Kampung Tersusun Keledang Utama dan Kampung Muhibbah, mengadakan rombongan rumah ke rumah menghidupkan malam Syawal 1432H.

Dipecahkan kepada lapan kumpulan. Andaikata ianya disatukan, berkemungkinan ianya selesai lewat pagi. Antara foto yang sempat diabadikan sempena bermulanya detik Syawal 1432H.











Sebilangan besarnya adalah warga pencen, kecuali 'beberapa kerat' anak-anak yang masih bersekolah. 'Menghilang'nya generasi yang berumur 20 hingga 40 tahun. 

Apakah mungkin mereka sibuk bersama rakan? Atau apakah mungkin juga mereka sibuk melakukan 'last minute shopping'. Pelbagai kemungkinan bermain di kepala. 
Adakah menghidupkan malam Syawal semakin dilupakan?



Alhamdulillah, majlis berakhir kira-kira 12.30malam.
Perjalanan Ramadhan yang semakin ditinggalkan, semoga bertemu di Ramadhan tahun hadapan, InsyaAllah


.

2 Komen:

azmanms said...

Ada umur di panjang Allah Ramadhan kita Insyaallah dipertemukan...

Hasnunniza Hashim said...

InsyaAllah.

Related Posts with Thumbnails
back to top