Friday, February 4, 2011

Sains Tingkatan Dua - Nutrisi


Cuti panjang sempena perayaan Tahun Baru Cina dimunafaatkan oleh kami untuk perjumpaan keluarga di Lenggong selama dua hari.


Waktu makan adalah salah satu ajenda yang digunakan untuk bercerita hal keluarga. 6.30 petang selepas menggoreng ayam dan sayur campur, bermulalah makan malam kami yang awal daripada kebiasaannya.


Sambil bersembang dan menikmati hidangan makan malam, diperhatikan mangkuk sup sayur yang dimasak, masih banyak dan tidak 'selaju' ayam goreng. Musykil juga di hati "Adakah terkurang  sedapnya sup sayur yang aku masak ni..?".


Bila ditanya mereka yang lain, rupanya sebahagian besar daripada ipar duai dan anak-anak saudara bukan "peminat" sayur. Emmm alahai. Mulalah mulut ini menceritakan sekadar yang tahu bab-bab kepentingan sayur, serat, nutrisi, sembelit, buasir,  penyakit kronik dan sebagainya.



Yang nyatanya, ramai diantaranya mengaku mempunyai masalah 'membuang', sehinggakan ada yang menyimpan 'hasil masyhul' lebih daripada dua ataupun tiga hari di dalam tubuh. Dimanakah silap agaknya..?


Nutrisi - Sains tingkatan dua, menjelaskan serba sedikit keperluan tubuh badan bagi manusia. Ianya mungkin dipelajari untuk sekadar hafalan, ataupun ujian peperiksaan agaknya. Mungkin setelah PMR, sebahagian daripada mereka nanti akan memasuki tingkatan empat dan bertukar ke aliran sastera, perdagangan, ataupun teknikal.



 Bab nutrisi tingkatan dua, mungkin juga akan dilupakan hingga mereka menjejak alam dewasa, bekerja, berkahwin dan berkeluarga.


Mungkin nanti sebahagian daripada kita juga menganggap ianya hanyalah sekadar satu subjek mata pelajaran yang hanya perlu dipelajari(untuk peperiksaan) dan untuk mereka yang bakal bergelar ahli kesihatan atau pakar permakanan. Entah dimanakah silapnya lagi..?












No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...